Sunday, 4 September 2016

NAK KERINGKAN PAKAIAN KECIL-KECIL SEWAKTU TRAVEL

Assalamualaikum ,
Nak share sesuatu ni , menarik sangat .Especially bila travel . Selalu kalau travel kita suka bawa barang ,pakaian dan segala keperluan dalam jumlah yang kecil sahaja kan. Lagi sikit hari lagi sikit la barang tu . Tapi adakalanya pakaian dalam terutamanya kadang-kadang macam tak cukup bila nak guna, time packing macam cukup. Nak basuh yang dah pakai takut tak kering pula nanti . Okay ,saya dah tahu macamana nak bagi cepat kering . Konsep basuh baju kan ada 3 perkara , wash-rinse-spin dan juga proses pengeringan yang selalu makan masa bergantung kepada kelembapan udara kan?

Okay, bagi mempercepatkan segala proses ni , saya beritahu la ya :
1.  Pastikan ada sabun , kalau ada sabun khas lagi bagus . Kalau tak ada ,guna jela sabun mandi tu . Sabun jugak . :)
2.  Basuh dan bilas .
3.  Yang ni point penting , yang patut korang tahu dan boleh apply , cara nak dry pakaian kecil tu daripada basah lencun lepas kena basuh , even kita dah perah pon still lembab yang amat sangat . So ,apa kita buat ialah , ambil towel hotel tu , susun semua pakaian dalam anda tu atas towel kemudian gulung serapat-rapat mungkin macam sushi .haha.
4. Guna lutut anda untuk meningkatkan menyerapan kelembapan yang lebih efektif. Setelah itu , buka dan sidai ,
5. Konfem , esok boleh terus guna .
Tak tak perlu risau berapa helai nak bawa kan?

So ini saya sertakan sekali video nya .



Jom booking Nurhaneem homestay muar : 013-6205001 (SMS/call)
Maklumat lanjut tekan sini

KAMI MENGALU-ALUKAN MAKLUMBALAS (FEEDBACK) DARI ANDA 😊

Assamualaikum dan selamat sejahtera , Sudan lama rasanya take update blog nurhaneem Home stay ni kan? Diharapkan dengan usaha ini makin...